SOALAN-SOALAN LAZIM JUS LUTOX DNARS

Adakah produk Minuman Jus Lutox Dnars sesuai diminum pada bila-bila masa?

Produk Minuman Jus Lutox Dnars mempunyai kelebihan khusus yang dapat  memberi tenaga berpanjangan. Dengan pengambilan jus istimewa ini, anda akan rasa lebih bertenaga, dan paling utama, ia menyihatkan sendi dan memberi kekuatan pada tulang anda secara dalaman.  Anda boleh mengambilnya pada bila-bila masa difikirkan perlu.

Adakah produk Minuman Jus Lutox Dnars ini dapat memberi tenaga segera sejurus selepas pengambilannya?

Produk Minuman Jus Lutox Dnars dicipta untuk memberikan tenaga karbohidrat daripada pati buah-buahan dan sayur-sayuran terpilih, bukan tenaga serta-merta seperti yang terdapat pada kafein.  Anda akan merasai kesannya selepas mengambil minuman ini secara konsisten.

Adakah produk Minuman Jus Lutox Dnars berkesan kepada para atlet dan warga emas sebagai membantu memaksimumkan kekuatan?

Produk Minuman Jus Lutox Dnars direka bukan sahaja sesuai untuk individu dan juga warga emas. Malah, para atlet juga boleh mendapat manfaat daripada kandungan tenaga yang dibekalkan oleh produk ini untuk memaksimumkan kekuatan tenaga dalaman. Ini kerana, ia dapat memberi tenaga karbohidrat yang boleh diserap secara serta-merta melalui otot, sendi dan tulang.  Individu, warga emas  atau para atlet akan kekal bertenaga dengan pantas.

Apakah kebaikan selainnya yang boleh diperolehi dengan mengambil Minuman Jus Lutox Dnars?

Pengambilan produk Minuman Jus Lutox Dnars yang diambil secara konsisten akan membantu penambahbaikan cecair badan dan memberi kekuatan tambahan pada sendi-sendi melalui penyerapan karbohidrat. Dengan itu, individu atau para atlet boleh memberikan persediaan kepada tubuh mereka untuk sesi latihan atau melakukan aktiviti-aktiviti harian.

Di manakah produk Minuman Jus Lutox Dnars ini boleh dibeli?

Produk Minuman Jus Lutox Dnars ini boleh didapati secara atas talian. Sila layari www.lutox.com.my.

Adakah produk Minuman Jus Lutox Dnars mendapat sijil pengiktirafan HALAL daripada JAKIM?

Ya. Produk Minuman Jus Lutox Dnars mendapat pengiktirafan Halal daripada JAKIM dan disahkan selamat serta halal untuk diminum.

Apakah yang perlu dibuat selepas botol minuman Jus Lutox dibuka?

Jus ini perlu disimpan dalam peti sejuk atau didinginkan  pada suhu 5 hingga 16 darjah Celcius selepas penutup dibuka.

Bolehkah saya membekukan produk Minuman Jus Lutox Dnars?

Pembekuan jus Lutox Dnars adalah tidak digalakkan.  Pembekuan tidak menjejaskan keberkesanan produk. Walau bagaimanapun, kandungan botol boleh mengembang di bawah keadaan beku menyebabkan perubahan integriti botol plastik tersebut.

Adakah produk Minuman Jus Lutox Dnars mengandungi sebarang bahan haiwan?

Produk Minuman Jus Lutox Dnars tidak mengandungi apa-apa bahan yang diperbuat atau diperoleh mahupun diekstrak daripada haiwan.

Adakah produk Minuman Jus Lutox Dnars sesuai untuk vegetarian?

Produk Minuman Jus Lutox Dnars sesuai untuk vegetarian kerana minuman ini tidak mengandung sebarang produk haiwan atau bahan yang diperoleh daripada haiwan.

Pin It on Pinterest