KHASIAT JUS LUTOX DNARS

 

Kurma

Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam buah kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.

Madu

Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal mahupun mental. Ia kaya dengan kebaikan vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang mampu meningkatkan tahap metabolisme, menstabilkan tekanan darah, mempercepatkan pemulihan luka serta memelihara sistem saraf. Madu juga bertindak sebagai agen antioksidan selain turut berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi.

Delima

Buah delima kaya dengan polifenol, sejenis antioksidan yang mampu menentang radikal bebas seterusnya membantu mencegah penyakit jantung dan proses penuaan. Asid punicic yang merupakan komponen utama buah delima pula mampu menurunkan paras kolestrol, trigyceride dan tekanan darah tinggi. Malah, tumbuhan yang bersifat antiradang ini juga mampu mengurangkan risiko serangan kanser, mengurangkan tekanan, meningkatkan keupayaan mental, melancarkan proses penghadaman serta menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit.

Garam Bukit

Garam bukit yang terdapat di gunung-ganang seperti Gunung Himalaya sememangnya kaya dengan khasiat bagi kesihatan tubuh badan dan berupaya melancarkan perjalanan darah untuk menggalakkan fungsi organ dalaman, serta membantu mengatasi masalah jerawat, parut dan kegatalan. Selain itu, garam bukit turut membantu membuang sel kulit mati dan menyingkirkan toksin dari tubuh badan seterusnya meningkatkan kecantikan dan kecerahan kulit serta memelihara kesihatan tubuh badan.

Markisa

Markisa atau buah susu kaya dengan vitamin C, pro-vitamin A dan riboflavin yang bertindak memelihara kulit daripada sinaran ultraungu. Ia juga bersifat antioksidan yang membantu meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Buah markisa juga mampu menyingkirkan toksin serta membantu membasmi sel kanser dengan bantuan kandungan phytochemical. Kandungan fosforus yang tinggi pula membantu mengukuhkan tulang dan gigi dengan bantuan kalsium, menstabilkan sistem penghadaman serta bertindak meningkatkan tahap tenaga. Manakala potassium yang turut terkandung di dalam buah markisa pula berperanan menstabilkan tekanan darah dan menggalakkan fungsi buah pinggang.

Lemon

Di samping dapat mengurangkan risiko serangan strok atau angin ahmar, buah lemon yang kaya dengan kandungan vitamin C ini turut berupaya menentang kanser, mengatasi masalah pernafasan seperti lelah serta membantu menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh anda daripada jangkitan penyakit. Kajian pakar juga mendapati yang lemon dapat mengurangkan risiko masalah obesiti, kencing manis (diabetes) dan penyakit jantung selain mengekalkan tahap kecergasan dan kesihatan yang optima.

Pegaga

Daun pegaga kaya dengan protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C yang berupaya menggalakkan fungsi antibodi untuk menentang serangan penyakit di samping meneutralkan radikal bebas, memelihara sistem saraf dan melancarkan peredaran darah sekaligus menggalakkan fungsi organ dalaman. Pegaga turut berupaya meredakan tekanan dan kemurungan, mengatasi kelesuan tubuh serta meningkatkan kecerdasan minda.

Bayam

Bayam kaya dengan serat, Vitamin A, Vitamin K, kalsium, zat besi, potassium, magnesium serta Vitamin C yang tinggi dengan kandungan antioksidan bagi membantu mencegah kerosakan sel tubuh serta melambatkan proses penuaan. Pengambilan bayam yang mencukupi anda membantu anda mengurangkan tahap kolestrol, meningkatkan tahap tenaga, mengawal tekanan darah serta memelihara kesihatan kardiovaskular dan jantung selain mencegah kanser.

Halia

Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah  serta membantu memelihara sistem saraf. Selain itu, halia turut berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mengatasi sakit pinggang, memanaskan badan yang kesejukan, meningkatkan tahap imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.

Nutrisi Jus Lutox Dnars

Pin It on Pinterest